(Video) Netizen Banjiri Live ‘Hero Malaysia’, Ucap ”Happy Birthday” Untuk KP Kesihatan

Kredibiliti Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sememangnya tak dapat dinafikan lagi. Tersenarai antara tiga orang doktor terbaik di dunia yang cekap mengendalikan situasi COVID-19 oleh media China, beliau sering dikagumi rakyat Malaysia.

Terbaru, rakyat Malaysia menunjukkan penghargaan dan kekaguman kepada beliau dengan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya.

Ucapan dari rakyat berbilang kaum itu jelas menunjukkan ketokohan beliau menyatukan rakyat Malaysia dalam situasi gawat ketika ini.

Selamat hari lahir Dr

 

Moga kekal sihat dan sentiasa dirahmati

Cara beliau jawab penuh fakta, menunjukkan beliau buat kerja

Malah, di akhir ucapan beliau, wakil media juga sempat menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi buatnya.

Walaubagaimanapun sebenarnya, hari lahir beliau yang adalah pada 21 April ini, dua hari lagi.

Sumber: KKM

The post (Video) Netizen Banjiri Live ‘Hero Malaysia’, Ucap ”Happy Birthday” Untuk KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments