(Video) Didakwa Percaya Teknoloji 5G Sebarkan Covid-19, Tiang Pemancar 5G Di UK Dibakar

Satu rakaman yang memaparkan tiang pemancar 5G dipercayai dibakar oleh pihak tertentu yang didakwa percayai teknologi tersebut boleh sebarkan Covid-19 tular di media sosial.

Kejadian itu dibangkitkan selepas munculnya satu video di media sosial yang menunjukkan tiang telefon terbakar termasuk satu di Birmingham dan satu di Coventry.

Rakaman yang mengejutkan itu dimuatnaik di laman Facebook yang menunjukkan tiang setinggi 72 kaki itu meletus dan memperlihatkan anggota bomba sedang berusaha memadam kebakaran tersebut.

Jurucakap polis West Midlands berkata bahawa mereka sedar mengenai kebakaran yang membabitkan tiang telefon tersebut dan sedang menunggu maklumat lanjut mengenai punca kejadian itu.

Pun begitu, menerusi satu kumpulan Facebook yang telah dipadam, ahli teori konspirasi mendakwa bahawa 5G yang dipancarkan boleh mencetuskan Covid-19.

Tiada bukti saintifik yang menjelaskan bahawa teknologi 5G menimbulkan sebarang ancaman kepada kesihatan manusia dan ia disahkan selamat oleh individu yang mengawasi radiasi pada bulan lalu.

Facebook juga menjelaskan bahawa page itu dipadam kerana telah melanggar polisinya yang berpotensi mencetuskan bahaya pada dunia nyata.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Didakwa Percaya Teknoloji 5G Sebarkan Covid-19, Tiang Pemancar 5G Di UK Dibakar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments