(Video) COVID-19: Topeng Muka Tak Cukup & Tak Dibenarkan Pakai Topeng Sendiri, Jururawat Di Amerika Ini Terpaksa Letak Jawatan

SEORANG jururawat yang bertugas sebagai petugas perubatan COVID-19 di Amerika Syarikat (AS) terpaksa membuat keputusan berhenti kerja selepas mendakwa pihak hospital tidak membenarkannya memakai topeng mukanya sendiri.

Jururawat tersebut, Imaris Vera, 30, keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital DuPage, Pusat Perubatan Northwestern di Winfield, Illionis pada Isnin apabila mendapati ketika dia tiba untuk memulakan tugas pada shiftnya, topeng muka yang perlu dipakainya tidak mencukupi.

Lalu dia yang juga menjalankan rawatan untuk pesakit COVID-19, telah menawarkan diri untuk memakai pakaian Alat Pelindungan Peribadi (PPE) miliknya sendiri namun dibantah oleh pengurusnya, kerana didakwa melanggar polisi Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Imaris kini tinggal bersama kakaknya, Sabrina yang menghidapi penyakit darah, meletakkan hidupnya dalam risiko jika dia dijangkiti virus tersebut.

Dia memuat naik rakaman videonya di Instagram baru-baru ini, dengan nada penuh esakan berkata, “Saya berhenti kerja hari ini. Saya mahu bertugas dan ditugaskan untuk merawat pesakit COVID-19 di bahagian ICU. Tiada seorang pun jururawat di sana memakai topeng muka, sekalipun topeng jenis pembedahan.

“Saya ada topeng jenis N95 milik kepunyaan sendiri, saya beritahu pengurus bahawa saya memahami keadaan kami yang kekurangan stok bekalan topeng, jadi saya mahu berasa selamat.

“Saya ada keluarga, saya kena balik rumah dan perkara yang berlaku ini bukanlah sesuatu yang baik.

“Amerika tidak bersedia, jururawat tidak dilindungi,” dakwanya menerusi kapsyen di video tersebut.

Gambar: Daily Mail

Kini Imaris bertindak seakan mewakili suara jutaan jururawat yang bertugas untuk COVID-19 di seluruh Amerika.

“Saya tahu saya diperlukan dan saya juga mahu membantu, tapi saya rasa ia menjejaskan kehidupan saya dan keluarga dan ini tidak boleh diterima.

“Kami tidak mahu menghantar tentera kami ke medan peperangan biologi tanpa topeng gas atau sebarang senjata. Dalam masa sama, pekerja perubatan sepatutnya dilindungi sepenuhnya.

“Jika berlaku kekurangan bekalan PPE, kami akan menunggu lebih banyak bekalan tersebut dan jika saya mahu pakai PPE sendiri yang dibawa dari rumah, sepatutnya tindakan saya itu tidak dihalang.

“Saya tidak perlu bimbang memilih antara kerja dan hidup saya, atau kehidupan orang yang saya sayang (keluarga),” katanya kepada Daily Mail Tv berkenaan keputusannya berhenti kerja.

View this post on Instagram

I chose ๐“‚๐“Ž ๐“๐’พ๐’ป๐‘’ today… ⠀ & my family members who have pre-existing conditions that wouldn’t get a ventilator if they contracted #COVID19 from me ⠀ I had a different idea in mind when I got to my #ICU this morning; I expected to see ALL OF OUR #NURSES & STAFF wearing #N95 masks but ๐™ฃ๐™ค ๐™ค๐™ฃ๐™š ๐™๐™–๐™™ ๐˜ผ๐™‰๐™”๐™๐™ƒ๐™„๐™‰๐™‚ ๐™Š๐™‰… ⠀ Each ICU room had ‘make-shift’ ante-rooms attached to them created with plastic tarp & massive amounts of tape.. ⠀ A charge Nurse was passing out single N95 masks to nurses with a brown paper bag for them to store their mask in which was to be in inside their plastic ante-rooms & to ๐™—๐™š ๐™ง๐™š-๐™ช๐™จ๐™š๐™™ ๐™–๐™ฃ๐™™ ๐™ง๐™š-๐™–๐™ฅ๐™ฅ๐™ก๐™ž๐™š๐™™ ๐™–๐™ก๐™ก ๐™™๐™–๐™ฎ… ⠀ I asked “well what if there’s possible contamination to that N95 mask..? What about my safety” ⠀ My manager told me “well our staff safety is our main priority right now … if we get enough masks, we may consider having staff wear surgical masks in the weeks to come..” ⠀ I replied, “But it’s Airborne… those surgical masks won’t protect us ..” ⠀ My manager then tells me “ we’ve kept up with the CDC & it is only when the COVID patient has any aerosol type treatments like a ventilator, nasal cannula, nebulizer etc that’s it’s airborne..otherwise it’s droplet ..” ⠀ I replied “& 90% of our patients are intubated, paralyzed, & positive for COVID.. people not even in the hospital environment are spreading it .. we have to assume everyone is infected..especially in the hospital environment, & ๐•Ÿ๐•  ๐• ๐•Ÿ๐•– ๐•™๐•–๐•ฃ๐•– ๐•–๐•ง๐•–๐•Ÿ ๐•™๐•’๐•ค ๐•’ ๐••๐•ฃ๐• ๐•ก๐•๐•–๐•ฅ ๐•ž๐•’๐•ค๐•œ ๐• ๐•Ÿ” ⠀ I then told her of nurses wearing a surgical droplet masks on their units & now intubated & fighting for their lives … ⠀ Tears were streaming down my face & fog in my glasses at this point.. ⠀ I thought to myself.. ๐˜๐˜ฐ๐˜ธ ๐˜ธ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ ๐˜ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜บ ๐˜จ๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ค๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด, ๐˜ฎ๐˜บ ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ญ๐˜ญ๐˜ด..? ⠀ I asked one last time pleading with tears in my eyes.. ⠀ “Can I please just wear ๐ฆ๐ฒ ๐จ๐ฐ๐ง ๐๐Ÿ—๐Ÿ“ ๐ฆ๐š๐ฌ๐ค… I understand we have a shortage but I have my OWN ” ⠀ My manager told me that they couldn’t allow me to wear it. ⠀ So I gave report, & left. ⠀ America is NOT prepared & Nurses are NOT safe. Plz DM me any telehealth jobs.

A post shared by ❥ Imaris | Nursing & Lifestyle (@nurse.iv) on

Sumber: Instagram, Daily Mail

 

The post (Video) COVID-19: Topeng Muka Tak Cukup & Tak Dibenarkan Pakai Topeng Sendiri, Jururawat Di Amerika Ini Terpaksa Letak Jawatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments