(Video) COVID-19: Boleh Ke Rakyat Ambil ‘Test Kit’ Dan Uji Sendiri? Ini Jawapan Dr Noor Hisham

Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, adakah kita boleh melakukan ujian COVID-19 sendiri di rumah? Adakah mungkin untuk kita diberi kit ujian (test kit) supaya kita boleh mengambil sampel sendiri?

Berikut adalah jawapan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika ditanya wartawan dalam sidang media sebentar tadi.

“Ini bergantung kepada jenis kit ujian. Kalau kit ujian pantas (rapid test kit) yang menggunakan teknik antigen, ia memerlukan swab (sapuan).

“Jadi sukar untuk kita laksanakan swab sendiri. Jadi besar kemungkinan susah untuk kita ambil sampel,” katanya.

“Kalau kita ambil sampel tidak tepat, jadi keputusan mungkin negatif sebab tiada virus di situ (sampel). Kita tidak melatih orang untuk mengambil swab tersebut.

“Tetapi jika menggunakan kit ujian antibodi, mungkin boleh sebab ia hanya gunakan satu titisan darah untuk kita lihat.

“Tetapi antibodi bukan untuk pengesanan diagnosis, tetapi hanya maklumkan sama ada tubuh dia ada antibodi terhadap virus itu,” kata beliau.

Sumber: RTM

The post (Video) COVID-19: Boleh Ke Rakyat Ambil ‘Test Kit’ Dan Uji Sendiri? Ini Jawapan Dr Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments