(Video) Cara Buat Air Katira Sendiri Untuk Juadah Berbuka Puasa, Rasa Setanding Air Balang Di Bazar

Setiap kali Ramadan, tempat yang paling kita gemar kunjungi setelah berjam-jam berpuasa adalah bazar Ramadan.

Sudah tentu pelbagai aneka juadah dan minuman yang dijual, pastinya ia agak menggoda perut kita yang sedang kekosongan.

Jika makanan, kita mesti akan cari beberapa menu wajib seperti martabak, nasi kerabu, lauk telur itik masak lemak cili api, roti john dan sebagainya manakala minuman pula, air katira, air sirap selasih, air mata kucing, air batu campur (abc) jagung lebih dan banyak lagi.

Namun, semua itu sudah ‘tiada’ kerana segala jenis bazar Ramadan tidak dapat dijalankan pada tahun ini ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tapi anda jangan risau, beberapa juadah yang ‘menggiurkan’ itu sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan dan peralatan yang mudah.

Hari ini, kami kongsikan cara membancuh air katira dengan resipi yang tersendiri.

Jom kita tonton video perkongsian daripada Facebook Air Katira Umi ini!

Mudah bukan?

Jom beli bahan-bahan ramuan, buat bersama isteri di dapur petang nanti kemudian bolehlah hidang untuk juadah berbuka puasa.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

The post (Video) Cara Buat Air Katira Sendiri Untuk Juadah Berbuka Puasa, Rasa Setanding Air Balang Di Bazar appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments