(Video) Bawa Pesakit Tanpa Minta Bayaran, Pemandu Teksi Diberikan Tepukan Gemuruh Oleh ‘Frontliners’

Mengharukan, para petugas kesihatan mengambil pendekatan untuk memberi kejutan kepada seorang pemandu teksi dengan bertepuk tangan dan memberikan sejumlah wang sebagai tanda berterima kasih kepadanya kerana sanggup membawa pesakit Covid-19 ke hospital itu tanpa mengenakan bayaran kepada mereka.

Pemandu teksi itu ‘diumpan’ ke pusat kesihatan di Madrid dengan tujuan untuk menjemput pesakit, lapor The Independent.

Dia disambut dengan tepukan yang gemuruh dari puluhan petugas perubatan yang berbaris tepat di pintu masuk  pusat kesihatan Ramon y Cajal di Alcorcon.

Menerusi video yang dimuatnaik di  akaun Twitter kesatuan teksi Sepanyol pada sabtu lalu, pemandu teksi itu dilihat menangis dan memanjatkan rasa syukurnya dan dia juga diberikan keputusan ujian yang menunjukkan bahawa dia negatif Covid-19.

Menurut media tempatan, dalam beberapa hari pertama langkah perintah berkurung diperkenalkan di Sepanyol, keuntungan syarikat teksi telah menurun sekitar 80 peratus.

Pun begitu, Persekutuan Teksi Profesional Madrid menganggarkan bahawa pemandu di kawasan itu telah memberikan sekurang-kurangnya 75,000 tumpangan percuma ketika bulan pertama perintah berkurung dengan membawa pesakit dari rumah mereka untuk ke 300 pusat kesihatan yang berlainan.

Sumber: The Independent

The post (Video) Bawa Pesakit Tanpa Minta Bayaran, Pemandu Teksi Diberikan Tepukan Gemuruh Oleh ‘Frontliners’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments