(Video) “Agama Sebagai Asas, Pemerintah Adalah Penjaganya”, Umat Islam Diminta Sentiasa Patuh Arahan Ketika Ramadan

Memelihara nyawa adalah penting ketika ini. Matlamat menjaga agama tidak dapat tercapai tanpa menjaga nyawa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam sidang media sebentar tadi.

“Agama adalah sebagai asas, pemerintah adalah penjaganya. Sesuatu yang tiada asas akan runtuh, sesuatu yang tiada penjaga akan hilang,” katanya, memetik kata-kata Saidina Ali R.A dan Imam Al-Ghazali R.A.

Beliau berpesan agar orang ramai terus mematuhi semua arahan kerajaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang Ramadhan demi menjaga nyawa.

Tambah beliau, menjaga agama, jiwa, manusia dan nyawa adalah amat penting seiring dengan melakukan ibadah agama.

“Sebagai Menteri Hal Ehwal Agama, saya mahukan Ramadhan yang terbaik buat umat Islam di Malaysia.

“Saya bersyukur kerana anda semua dapat memahami dan bersama-sama kerajaan memutuskan rantaian wabak COVID-19.

“Bayangkan apa yang kita dengar Masjidil Haram yang kita terngiang-ngiang dengar solat tarawihnya, bahkan di negara-negara Arab mengambil cara yang sama supaya sembahyang di rumah buat masa ini.

“Yakinlah Allah melihat apa yang kita lakukan, dengan apa yang kita doakan.

“Mudah-mudahan Allah jadikan kita dengan sifat ketabahan yang tinggi, kesabaran yang puncak dan sentiasa mematuhi perintah danjuga apa yang disebut oleh kerajaan agar kita sentiasa benar-benar dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini,” katanya.

Sumber: RTM

The post (Video) “Agama Sebagai Asas, Pemerintah Adalah Penjaganya”, Umat Islam Diminta Sentiasa Patuh Arahan Ketika Ramadan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments