(Video) Abang Rider Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan, Bantu Lintas Dengan Selamat

Jika anda sedang memandu kenderaan, tiba-tiba anda ternampak seekor haiwan yang melintas di jalan raya, apa yang anda akan lakukan?

Biasanya jika kita sempat, pasti kita akan berhenti di tepi jalan dahulu untuk membantu haiwan tersebut melintas agar tidak dilanggar oleh kenderaan lain.

Seorang pengguna Twitter, Teme Fara memuat naik satu video daripada aplikasi Tiktok yang memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak ‘hero’ menyelamatkan seekor haiwan yang sedang melintas jalan.

Hendak tahu haiwan apa yang diselamatkan itu? Jom tonton video ini.

Tindakan pantasnya itu turut dibantu oleh seorang lagi pengguna jalan raya (pemandu kereta).

Ternyata nyawa Si Comel itu selamat dan Alhamdulillah, ia tidak mati dilanggar.

Semoga kita pun dapat ‘beraksi’ macam abang rider ini juga satu masa nanti.

Terima kasih penyelamat kucing!

Sumber: Twitter

The post (Video) Abang Rider Selamatkan Kucing Di Tengah Jalan, Bantu Lintas Dengan Selamat appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments