(Video) 69 Kes Sporadik Dilaporkan, Tak Diketahui Dari Mana Punca Jangkitan- KP Kesihatan

Putrajaya, 7 April- Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan terdapat 69 kes sporadik di Malaysia.

“Kita ada kes sporadik, tapi tak banyak 69 sahaja kes sporadik yang mana kita tak tahu jangkitan ini asalnya dari mana.

”Ada kes sporadik, tapi bila kita lihat sejarah, ada kaitannya dengan perhimpunan Sri Petaling, gereja di Kuching dan sebagainya.

“Tapi 69 kes ini, kita tak tahu bagaimana boleh dapat jangkitan tersebut,” ujarnya.

Menurut beliau, kes tersebut dikenalpasti dari 8,025 ujian ke atas pesakit yang menunjukkan simptom penyakit seperti influenza (influenza-like illness (ILI)) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI).

Dari jumlah itu, seramai 69 kes positif manakala 7956 kes negatif.

Sumber: KKM

The post (Video) 69 Kes Sporadik Dilaporkan, Tak Diketahui Dari Mana Punca Jangkitan- KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments