(Video) 17 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Positif COVID-19

Putrajaya, 19 April – Menteri Kanan (Bahagian Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 17 rakyat Malaysia dari luar negara positif COVID-19. Tegasnya, kuarantin wajib bagi mereka yang pulang dari luar negara penting untuk kebaikan semua.

“Kita faham ramai yang kurang senang dengan kuarantin wajib. Namun dari laporan Kementerian Kesihatan (KKM), kita dapati terdapat 17 kes positif libatkan rakyat kita yang pulang dari luar negara.

“Cuba bayangkan jika kita bebaskan mereka untuk kuarantin di rumah, kita boleh bayangkan keluarga mereka pastinya terdedah kepada positif COVID-19 ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jika antara keluarga mereka keluar ke pasaraya dan sebagainya untuk beli barangan, pasti virus akan tersebar dengan lebih luas dan membentuk kluster baru, katanya.

“Alhamdulillah, dengan tindakan kita yang tepat ini, kita dapat mengawal penularan COVID-19 dari mereka yang pulang dari luar negara.

“Sebab itu lah kita perlu yakin bahawa setiap tindakan kerajaan adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan semua rakyat kita.

“Justeru, saya meminta, memohon dan merayu kepada semua supaya patuhilah setiap arahan kerajaan supaya kita bersama-sama dapat putuskan rantaian COVID-19 ini supaya menyegerakan untuk menamatkan PKP ini,” kata beliau.

“InsyaAllah, jika kita bersama melakukannya, mungkin perintah PKP yang ada hari ini dapat kita pendekkan atau tamatkan,”

“Terus tinggal di rumah untuk menjamin keselamatan diri, keluarga dan masyarakat. Stay home, stay safe.”

Sumber: RTM

The post (Video) 17 Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar Negara Positif COVID-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments