TERKINI: KKM Dedah Dua Kluster COVID-19 Berkait Himpunan Besar-Besaran, Di Kuching & Bangi

Putrajaya, 6 April- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan 2 kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan perhimpunan besar-besaran dalam satu sidang media sebentar tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan dua kluster COVID-19 yang berkait rapat dengan himpunan besar-besaran selain himpunan Sri Petaling.

1. Persidangan keagamaan gereja 3 hari di Kuching

Menurutnya, seramai 83 pesakit COVID-19 yang positif berkait dengan kluster perhimpunan ini di mana ia melibatkan 2 kematian.

Dua kes kematian yang berlaku dari kluster ini ialah kes ke-358 dan kes ke-2,471.

Tambahnya, seramai 50 orang pesakit sedang dirawat, 5 kes kritikal sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) serta 25 kes di bawah pemerhatian pusat kuarantin.

Sementara itu, satu kes disahkan pulih sepenuhnya.

2. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi

Datuk Noor Hisham menjelaskan terdapat satu kluster jangkitan COVID-19 melibatkan majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi yang membentuk jangkitan hingga generasi kelima.

“Ia merupakan satu kluster jangkitan COVID-19 yang membentuk jangkitan hingga generasi kelima.

“Hingga 6 April, 88 kes positif dari kluster ini termasuk 1 di ICU dan setakat ini tiada kematian dilaporkan berkaitan kluster ini

“Kedua-dua kluster ini melibatkan jangkitan COVID-19 hingga generasi kelima,” kata beliau.

Beliau turut berpesan agar orang ramai tidak mendiskriminasikan pesakit COVID-19 daripada mana-mana kluster.

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

The post TERKINI: KKM Dedah Dua Kluster COVID-19 Berkait Himpunan Besar-Besaran, Di Kuching & Bangi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments