TERKINI: Kerajaan Laksanakan PKPD Di Seluruh Bangunan Malayan Mansion & Selangor Mansion Bermula Hari Ini

Kerajaan hari ini memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di keseluruhan bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, bermula hari ini.

Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mendapat nasihat daripada Menteri Kesihatan.

Ianya selepas 15 kes positif jangkitan COVID-19 dilaporkan di kedua-dua bangunan tersebut.

PKPD ini akan melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan di bangunan itu.

Sebelum ini terdapat tiga kawasan yang dikenakan PKPD iaitu Kg Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor dan Batu 23 Sg Lui Hulu Langat, Selangor.

Sumber: Siaran Langsung Perkembangan PKP

The post TERKINI: Kerajaan Laksanakan PKPD Di Seluruh Bangunan Malayan Mansion & Selangor Mansion Bermula Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments