TERKINI: Daftar Kelahiran & Kematian Dilanjutkan 90 Hari Selepas Tamat PKP, Tiada Penalti Akan Dikenakan

Putrajaya, 19 April- Kerajaan memberi lanjutan selama 90 hari bagi individu yang ingin mendaftar kelahiran dan kematian selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Menteri Kanan (Bahagian Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penalti tidak akan dikenakan kepada mereka yang berbuat demikian.

“Pendaftaran kelahiran dan kematian tidak dapat dilakukan kerana PKP. Oleh itu, pihak Kementerian Dalam Negeir membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh pendaftaran selama 90 hari selepas tempoh PKP ditamatkan,” katanya.

“Penalti yang sepatutnya dikenakan juga dimansuhkan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sumber: RTM

The post TERKINI: Daftar Kelahiran & Kematian Dilanjutkan 90 Hari Selepas Tamat PKP, Tiada Penalti Akan Dikenakan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments