TERKINI: 3 Kematian Dan 57 Kes Baharu Covid-19 Disahkan Hari Ini

Sebanyak 57 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 5,482 kes setakat Ahad (21 April 2020), jam 12 tengahari.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu Sidang Media Perkembangan COVID-19 Di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Daripada jumlah tersebut, 43 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala dukacita dimaklumkan, terdapat 3 kes kematian berkaitan covid-19 turut direkodkan.

Sumber: Sidang Media KKM

The post TERKINI: 3 Kematian Dan 57 Kes Baharu Covid-19 Disahkan Hari Ini appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments