TERKINI: 122 Kes Covid-19 Disahkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Meningkat Ke 767

Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Dr Noor Hisham Abdulllah pada hari ini mengumumkan bahawa seramai 122 kes dilaporkan sudah pulih dan dibenarkan keluar dari wad.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih adalah 767 kes atau 24.6% daripada jumlah keseluruhan kes sehingga hari ini, 2 April 2020. Apa yang kita boleh lihat, jumlah pesakit yang sembuh terus meningkat hari ke hari.

Untuk pengetahuan anda, jumlah kes keseluruhan sehingga setakat ini adalah seramai 3,116 kes dengan tambahan sebanyak 5 kematian yang dilaporkan pada hari ini.

 

Sumber: KKM

The post TERKINI: 122 Kes Covid-19 Disahkan Sembuh Hari Ini, Jumlah Meningkat Ke 767 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments