Tengah Sedap Layan Movie Internet Slow, Ini 6 Cara Dapatkan Sambungan Internet Lebih Stabil

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, mesti ramai yang dah khatam filem atau drama yang sebelum ni tak sempat tengok pun, kan?

Setakat ni, dah berapa filem atau drama yang korang tonton? Lima? Sepuluh? Atau 20?

Mesti ada yang dah sempat habiskan berbelas filem ataupun drama sepanjang PKP pertama dan kedua ni. Maklumlah, banyak masa kat rumah ataupun asrama.

Habis satu episod, sambung episod lain hingga tak sedar jam dah pukul 3 atau 4 pagi. Mata dok segar lagi. Kadang-kadang, terlajak sampai esok hari sampai muka pun dah macam ‘zombi’. Haha..

Untuk PKP ketiga ni, korang dah ada ke senarai filem yang korang nak tengok? Kalau belum, penulis nak cadangkan satu filem thriller yang best gila untuk korang tonton. Confirm sesak dada dan ‘pecah kepala’. Fuh!

Tajuknya ialah Forgotten. Filem Box Office Korea ni ceritakan tentang seorang lelaki, Jin Seok yang berpindah ke rumah baru dengan keluarganya. Sebaik je jejak ke rumah tu, satu per satu benda pelik terjadi pada dia.

Kredit: Google

Jin Seok ada seorang abang, Yu Seok. Satu hari, si abang hilang diculik depan mata. Lepas 19 hari penantian, si abang balik ke rumah tapi dengan perangai aneh. Setiap malam dia akan keluar lepas Jin Seok tidur.

Tertanya-tanya dengan perubahan perangai Yu Seok, si adik, Jin Seok pura-pura tidur dan ikut abang dia keluar. Masa tu satu persatu rahsia terbongkar hinggakan dia sendiri tak tahu nak percaya pada siapa hatta ahli keluarganya sendiri.

Sejak tu, dia hidup dalam pelarian diburu ‘ahli keluarga’ sendiri.

Aih kalau semua nak cerita habislah. Korang kena tengok sendiri cerita ni.

Ada banyak babak lain yang penuh dengan plot twist yang akan buatkan korang tak senang duduk dan nak pecah kepala. Stress dan berdebar-debar nak tahu babak seterusnya.

Kalau korang suka filem psychological thriller, cerita ni memang wajib tengok. Gerenti tak menyesal.

Selain tu, korang jugak boleh tonton drama-drama dan filem Box Office ni untuk hilangkan kebosanan sepanjang PKP.

1. Crash Landing On You

8.9/10 IMDb
Episod : 16
Genre: Cinta

Kredit: Google

2. Ratsasan

8.7/10 IMDb
Genre : Aksi

Kredit: Google

3. Mindhunter

8.6/10 IMDb
Episod:19

Kredit: Google

4. Kingdom

8.3/10 IMDb
8.8/10 My Drama List
Episod: 12
Genre: Horror

Kredit: Google

5. Midnight Runner

7.1/10 IMDB
8.8/10 My Drama List
Komedi Aksi

Kredit: Google

Haa.. sebelum tengok filem tu, pastikan jajan, air semua cukup. Letak kerepek kat tepi, air coklat atau kopi panas.. Tutup lampu sambil layan movie.. Lagi best kalau cuaca nak hujan, kan?

Gambar hiasan. (Kredit: Google)

Dengan cuaca redup, bilik gelap, skrin tv besar, sound padu buat rasa seolah-olah ada kat dalam filem tu. Fuhh, feeling habis!

Rasa macam nak lari sekali je bila sampai babak kejar mengejar. Haha..

Tapi yang tak bestnya, elok tengah suspens, tiba-tiba gambar keras pulak. Kejung hero kat situ. Kacau daun betul.

Ha, sebelum jadi macam tu, jom ikut tips untuk pastikan internet korang stabil sampailah hero korang sempat selamat larikan diri dan jantung korang pun tak terhenti.

Tips dari Celcom ni pun berguna kalau korang bekerja dari rumah. Senang, lepasni takdelah asyik sangkut-sangkut je Internet bila nak submit kerja.

1. Cari point sambungan wifi terbaik

Ingat ni, kalau korang ada pakej Internet yang laju pun tak guna kalau kedudukan router tak strategik.

Kedudukan router akan tentukan kelajuan Internet korang. Seeloknya, letakkan router di tempat tinggi di tengah rumah, tak terhalang dengan dinding, objek besi atau peralatan wireless untuk minimakan interferens.

Korang boleh gunakan frekuensi 5GHz untuk sambungan WiFi yang lebih laju. Kalau korang duduk jauh dari router, gunakan frekuensi 2.4GHz sebab ia mempunyai capaian yang lebih jauh dan transmisi yang lebih baik melalui dinding dan objek solid.

2. Sekat iklan pada browser

Dengan menyekat iklan pada browser, korang dapat mengurangkan penggunaan bandwidth.

Dengan peningkatan bilangan pengguna internet ketika PKP, cara ini boleh mengurangkan kesesakan rangkaian dan membuatkan proses muat turun lebih pantas ketika melayari Internet.

Selain tu, korang juga boleh menghindari iklan yang mengandungi perisian hasad atau virus.

Bagi korang yang menggunakan hotspot semasa bekerja dari rumah, korang juga boleh sekat iklan melalui tetapan Google. Takdelah stress iklan asyik ‘pop up’ sana sini.

Pengguna Android
Buka tetapan > Google > Ads > klik ‘Opt out of interest-based ads’ atau ‘Opt out of Ads Personalisation’

Pengguna iPhone
Matikan ‘Ad Personalisation’ dalam panel Ad Personalisation dan tetapan.

Gambar hiasan. Kredit: Google)

 

3. Nyah aktif penyegerakan automatik (Auto-sync) aplikasi yang jarang digunakan

Fungsi auto-sync ini memastikan data dalam peranti anda sentiasa dikemaskini dengan maklumat terbaru. Antara aplikasi yang menggunakan fungsi ini ialah Dropbox, Google Drive, Slack dan Todoist.

Jika anda jarang gunakan aplikasi yang libatkan penyimpanan data atas talian atau cloud storage, lebih baik anda matikan sahaja fungsi auto-sync dalam peranti.

Dengan mematikan fungsi ini, anda boleh menghentikan penggunaan data belakang tabir sekaligus mempercepatkan proses muat turun data dari Internet.

4. Gunakan kabel ethernet untuk sambungan lebih pantas dan stabil

Kalau korang perlu submit kerja penting menggunakan internet atau membentang proposal melalui sidang video, sebaiknya gunakan kabel ethernet.

Dengan kabel ini, korang dapat melayari internet dengan kelajuan dua atau tiga kali ganda lebih laju berbanding menggunakan sambungan tanpa wayar.

Tak perlu risau video tersekat atau internet terputus lagi.

5. Guna antivirus

Bukan kita je yang perlu elakkan diri dari virus, peranti komputer korang pun perlu dilindungi. Jadi, korang perlu pasang perisian antivirus untuk melindungi peranti dari sebarang anasir-anasir jahat atas talian.

Kerap kosongkan cache dan pantau penggunaan internet anak-anak. Jangan lupa sekat laman web yang tak elok kerana di situlah sarang pelbagai virus.

6. Set dan sambung semula modem

Sepanjang hari asyik layari Internet, berilah masa untuk router korang berehat kejap. Sekali sekala, reset modem dan router korang untuk elakkan gangguan sambungan WiFi lepas penggunaan yang lama.

Kadangkala, sambungan WiFi boleh terganggu ketika digunakan dalam tempoh yang panjang atau ketika trafik rangkaian sedang sesak.

Jadi, dengan reset modem, korang boleh refresh semula sambungan Internet sekaligus tingkatkan produktiviti kerja korang.

Dalam keadaan serba tak tentu sekarang, penting untuk kita kekal tenang dan elakkan tempat-tempat awam bagi menjauhi risko COVID-19.

Gunakan masa dan peluang ini untuk korang tenangkan diri, luangkan masa bersama yang tersayang dengan duduk di rumah. #Kitajagakita.

Kalau korang tak faham, boleh tengok video ni.

Anda juga boleh menyokong aktiviti #StayIn dengan tukar gambar profil Facebook atau Instagram anda ke #StayIn di sini.

We #StayIn As One, We Stay Safe.


https://cdn.innity.net/ca.js

var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {};
innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || [];
innity_nativeAnalytic.q.push(function() {
innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 31572, adID: 267245, readID: 267246});
});

The post Tengah Sedap Layan Movie Internet Slow, Ini 6 Cara Dapatkan Sambungan Internet Lebih Stabil appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments