Senang Sangat Buat Siakap Stim! Bahan Semua Ada Di Dapur, Modal RM10 Dah Dapat Makan Sedap

 

Kalau makan di restoren atau beli hidangan ikan siakap stim agak mahal. Tapi berbeza kalau kita buat sendiri. Sangatlah jimat.

Beli ikan saja sebab bahan-bahan untuk buat menu ini sebenarnya dah ada di rumah kita. Cuba tengok resipi Nazra Queen ni senang saja. Modal dia cuma beli ikan siakap RM10 seekor.

Hidangan mahal di restoran tapi sangat murah kalau buat sendiri

Bahan-bahan:

Seekor ikan siakap
2 inci halia
1 biji bawang Holland
2 batang serai
1/2 labu bawang putih
1 pokok ketumbar
1 biji cili api

Bahan-bahan lain

1 sudu garam
3 sudu besar gula
3 sudu sos ikan
3-4 sudu pati limau segera/ 1/2 biji jus limau nipis
1 gelas air

Cara penyediaan

1. Bersihkan ikan dengan i biji limau kasturi yang dibelah dua. Gosok pada bahagian luar dan dalam ikan kemudian bilas.

2. Hiris halia, bawang, serai kemudian tabur atas ikan. Halia tu bukan hiasan tau. Boleh makan untuk hilangkan angin dalam badan.

2. Masukkan air 1 gelas atau sehingga tenggelam ikan. Dah masukkan semua bahan, tutup dengan penutup periuk. Masak guna api sederhana.

 

3. Lepas 10 – 15 minit jadi macam ni. Semerbak bau. Boleh tengok ikan dah masak atau belum dan rasa juga kuahnya, cukup rasa atau tidak. Seharusnya ada rasa masam manja-manja, pedas, manis sikit-sikit.

Bila rasa dah ok, ikan dah masak alih dalam bekas yang sesuai, tabur cili api dan daun ketumbar.

SIAP! Sedaapnya…

Sumber: Nazra Queen

The post Senang Sangat Buat Siakap Stim! Bahan Semua Ada Di Dapur, Modal RM10 Dah Dapat Makan Sedap appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments