Sedekah Pada Bulan Puasa Boleh Dilakukan Seperti Gunakan Perkhidmatan Penghantar Makanan- Menteri Agama

Menerusi sidang media mengenai Ramadan sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa amalan bersedekah boleh dibuat melalui dalam talian ataupun menggunakan perkhidmatan penghantar makanan.

“Sedekah boleh dilakukan menerusi tempahan makanan secara atas talian dengan menyuruh penghantar makanan menghantar makanan yang hendak disedekahkan itu kepada alamat penerima,” kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau menjelaskan perkara berkenaan cara bersedekah dan beramal jariah di bulan Ramadan pada tempoh PKP ini boleh dilakukan menerusi penghantaran makanan atas talian serta menyalurkan sumbangan kepada NGO dan Musaadah yang telah dilantik.

Sumber: Bernama

The post Sedekah Pada Bulan Puasa Boleh Dilakukan Seperti Gunakan Perkhidmatan Penghantar Makanan- Menteri Agama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments