Rumah Jadi Studio, Cikgu Gigih Ajar Subjek Kimia Guna ‘Green Screen’

Kebanyakan guru hari ini mengambil pendekatan lebih mudah menggunakan aplikasi dalam talian dalam mengajar murid-murid sepanjang tempoh PKP ini.

Walau bagaimanapun, seorang guru mendekati pelajarnya dengan cara dan kaedah yang berbeza.

Cikgu Siti Faridah berkongsi menggunakan kaedah unik dengan teknik skrin hijau (green screen) bagi memudahkan mengajar murid-muridnya dengan hasil visual yang lebih baik.

“Cikgu testing green screen studio di rumah. PKP FASA KE 3 video cikgu dah jadi mcm ni.  Agak-agak kalau PKP FASA seterusnya rumah cikgu dah jadi studio tv3 agaknya,” kata Cikgu Siti.

Menurut Cikgu Siti lagi, pelbagai konsep yang boleh diguna pakai bagi teknik green screen ini. Jika menggunakan laptop, software yang boleh digunakan adalah OBS Studio. Manakala untuk pengguna iPhone, boleh menggunakan iMovie dan Android melalui KineMaster.

Dalam pada itu, menurut Cikgu Siti Faridah, usaha para guru turut diperluas menerusi CikgooTUBE yang menyalurkan penerbitan kandungan kreatif pembelajaran bagi memudahkan para pelajar.

Sebagai salah seorang guru yang terlibat dalam penerbitan tersebut, Cikgu Siti Faridah juga memberitahu jika para ibu bapa yang ingin memberikan pembelajaran akademik kepada anak-anak semasa tempoh PKP, para ibu bapa boleh ke laman Facebook, CikgooTUBE.

Merupakan salah seorang duta CikguTUBE, saluran ini merupakan gerakan paru guru yang komited dan aktif dalam menghasilkan video-video pengajaran.

Sebarang maklumat lanjut mengenainya CikgooTUBE, para ibu bapa boleh ke laman web rasmi mereka yang telah disediakan ini.

Sumber: Cikgu Siti Faridah

The post Rumah Jadi Studio, Cikgu Gigih Ajar Subjek Kimia Guna ‘Green Screen’ appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments