Perkongsian Gambar Terbaru Fatin Afeefa Dalam Tab Mandi Menarik Perhatian Ramai

Pemilik nama penuh Fatin Nur Afifah binti Shamsudin. Dikenali sebagai Fatin Afeefa.Lahir pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Malaysia, kini berusia 26 tahun.

Fatin Afeefa dilihat ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman Instagram yang menjadi perhatian ramai.

Dikongsi pada Ahad, foto tersebut memaparkan diri Fatin Afeefa sedang berendam dalam sebuah tab mandi dan mendapat hampir 83,000 tanda suka setakat ini.

Bagaimanapun, akses untuk meninggalkan komen pada entri berkenaan telah disekat oleh bintang Tentang Bulan ini.“Minding my own business, as always,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sekadar imbasan, ibu kepada dua cahaya mata ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shaaz Disember 2013 lalu.
Namun, keduanya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing pada 30 Mei 2017.

Fatin menerima rezeki cahaya mata bersama pelakon Adam Shah dalam perkahwinan pada 21 Disember 2013 yang bagaimanapun berakhir dengan perceraian secara baik pada 30 Mei 2017.

Beliau asalnya berjinak-jinak sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur lapan tahun.Diperkenalkan menerusi drama Maksimum di TV3.Ketika usia kecil, dia diberikan kepercayaan membintangi filem Tentang Bulan untuk produksi arahan Ahmad Idham yang turut menampilkan pelakon Aedy Ashraf, Erin Malek dan Nik Adruce.

Foto: Instagram Fatin Afeefa




Post a Comment

0 Comments