Pemandu deg1l tak patuh arahan dijer1t p0lis, nama Fikry Ibrahim ‘dipetik’ netizen?

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan ini, pihak berkuasa telah memaklumkan bahawa hanya seorang sahaja wakil ahli keluarga dibenarkan keluar.

Selain itu, mereka juga perlu membawa dokumen yang menyatakan bahawa mereka dari kawasan tempat tinggal dan ingin ke suatu tempat atas urusan mustahak.

Biar betul?

Namun begitu, dalam satu video yang tular di media sosial sejak semalam, seorang pemandu kereta yang didakwa artis popular telah cuai dalam mematuhi arahan.

Dalam perkongsian seorang pengguna Twitter, dia mendakwa bahawa lelaki yang memandu kereta itu adalah Fikry Ibrahim.

Macam mana boleh tak tahu ni

Dalam video tersebut, pemandu berkenaan memberi alasan bahawa tidak tahu akan arahan yang dikeluarkan berkenaan membawa dokumen bukti mendakwa duduk di tempat tersebut.

Susulan daripada itu, pihak berkuasa telah memintanya untuk membuat pusingan U dan tidak dibenarkan melalui jalan tersebut. Tidak patuh dengan arahan, pemandu itu terus meluruterus dan dijerit oleh pegawai polis yang bertugas.

 

Macam suara Fikry Ibrahim jee

Dalam komen-komen di media sosial, nama Fikry Ibrahim telah ‘dipetik’ ekoran beberapa petunjuk seperti lokasi kediamannya yang didakwa sama seperti yang disebutkan pemandu kereta itu.Manakala alamat IC serta nombor kereta yang berasal dari kedah juga menyamai dengan alamat asal pelakon drama tersebut.

 

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak yang mengiyakan individu tersebut. Perkara itu merupakan spekulasi yang didkwa oleh netizen ekoran daripada beberapa petunjuk yang didengar menerusi video tular semalam.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : videoviral




Post a Comment

0 Comments