Malaysia sedia guna ant1virus Remdesivir ‘berpotensi’ rawat pesakit Cov1d-l9

Malaysia dijangka akan diperkenalkan dengan Remdesivir tidak lama lagi, iaitu ubat ant1virus dari Amerika Syarikat (AS) dan dikatakan berpotensi untuk digunakan dalam rawatan pesakit Cov-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan telah meluluskan beberapa permohonan untuk membawa masuk ubat eksperimental itu ke Malaysia.

“Kami terima permohonan untuk bawa masuk Remdesivir, dan telah luluskan satu atau dua (permohonan).

“Insya-Allah, kita akan cuba perkenalkan ubat baru ini kepada pesakit (tak lama lagi),” katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, selain Remdesivir yang dibuat oleh syarikat bioteknologi AS Gilead, Kementerian Kesihatan juga menggunakan hydroxychloroquine dan beberapa lagi ubat antivirus off-label.

“Off-label” bermaksud ubat yang digunakan untuk tujuan berbeza dengan apa yang diluluskan pihak berkuasa. Hydroxychloroquine misalnya sebelum ini digunakan untuk merawat jangkitan malaria.

 

 

Sebagai pengetahuan Remdesivir adalah ubat antiv1rus baru dalam kelas analog nukleotida. Ia dikembangkan oleh Gilead Sciences sebagai rawatan untuk penyakit v1rus Eb0la dan jangkitan virus Marburg. Sumber : wikipedia

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini




Post a Comment

0 Comments