Majikan Dan Pekerja Boleh Berunding Untuk Pilihan Potongan Atau Cuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh PKP – PM

Kerajaan bersetuju untuk menggalakan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan termasuk pemilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi siaran langsung Perutusan Khas Pakej Prihatin PKS (Tambahan) sebentar tadi.

Kata Muhyiddin, ini disebabkan sebahagian majikan menghadapi kesukaran untuk mengekalkan pekerja dalam keadaan yang agak terdesak pada waktu ini.

Oleh itu, majikan dan pekerja boleh merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja untuk mendapatkan nasihat berkaitan sebarang permasalahan untuk penyelesaian.

Namun, sebarang perundingan hendaklah tertakluk kepada undang-undang mengenai pekerjaan yang berkuatkuasa di negara ini.

Tambah Muhyiddin, perkara yang menjadi keutamaan adalah hak dan kebajikan kedua-dua pihak mestilah sentiasa terbela.

Sumber: Siaran Langsung Perutusan Khas PM

The post Majikan Dan Pekerja Boleh Berunding Untuk Pilihan Potongan Atau Cuti Tanpa Gaji Dalam Tempoh PKP – PM appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments