“Kita Akan Menilai Sama Ada PKP Harus Disambung Atau Tidak Pada Hari Ke-10” – Dr Noor Hisham

Hari demi hari, jumlah pesakit Covid-19 yang pulih dan dibenarkan pulang ke rumah terus meningkat. Terbaru, jumlah keseluruhan yang diumumkan oleh Dr Noor Hisham adalah 767 kes yang pulih setakat 2 April 2020.

Walau bagaimanapun, dalam sidang media yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan itu memberitahu walaupun ada tanda awal pemulihan namun ia masih awal untuk membuat kesimpulan.

“Dalam tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita akan menilai semula keberkesanan pada hari ke-10 sama ada perlu disambung atau sebaliknya.”

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengawal penjarakkan sosial dan menjaga kebersihan diri.

 

Sumber: KKM

The post “Kita Akan Menilai Sama Ada PKP Harus Disambung Atau Tidak Pada Hari Ke-10” – Dr Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments