Kes Kehilangan IC: Hubungi Pejabat JPN Daerah Untuk Temu Janji Sekiranya Kecemasan

Orang awam yang kehilangan kad pengenalan boleh menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di daerah masing-masing.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kaedah tersebut boleh dilakukan dengan berjumpa pegawai JPN melalui temujanji sekiranya ada kes kecemasan.

“Sekiranya tiada kes yang memerlukan segera kad pengenalan, orang awam boleh tunggu 90 hari selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Sumber: RTM

The post Kes Kehilangan IC: Hubungi Pejabat JPN Daerah Untuk Temu Janji Sekiranya Kecemasan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments