Kelulusan Operasi Yang Diberikan Kepada Kilang Arak Sebelum Ini Telah Dibatalkan – Ismail Sabri

Semalam, kecoh dengan isu Kilang Arak yang didakwa mendapat kelulusan dari Kementerian untuk beroperasi semula ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berjalan.

Hari ini, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media mengesahkan bahawa kelulusan operasi itu telah dibatalkan. Sidang Media itu dibuat untuk memberi laporan mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuki fasa kedua selepas fasa pertama tamat pada 31 Mac 2020 yang lalu.

Sumber: Bernama

The post Kelulusan Operasi Yang Diberikan Kepada Kilang Arak Sebelum Ini Telah Dibatalkan – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments