Jadi ‘runner’ McD, sepupu Eira Syazira ‘pergi selamanya’ ketika hantar pesanan pelanggan

Pengorbanan mereka yang berkhidmat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan sememangnya sangat besar. Bukan hanya mereka yang bertugas dalam sektor kesihatan dan pertahanan, para penghantar makanan turut berhadapan dengan risiko sama.

Demi memastikan pelanggan menerima tempahan makanan pada waktu yang ditetapkan, para penghantar makanan pastinya akan berusaha secepat mungkin untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

 

Sepupu kemlangan ketika bekerja

Namun, siapa sangka musibah menimpa tanpa dijangka. Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada sepupu pelakon popular Eira Syazira yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.

Meningg4l dunia tengahari semalam

Dikenali sebagai Muhammad Fakrulrozi Fauzi, lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan menghantar pesanan makanan dari McD kepada pelanggannya. Namun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan.

Abang kepada mangsa telah memaklumkan perkara tersebut di Facebook dan memberitahu bahawa adiknya telah meninggal dunia sekitar tengahari semalam iaitu sehari sebelum Ramadan.

Pesanan makanan bertabur atas jalan

Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, jelas sekali makanan yang dipesan oleh pelanggan bertaburan di jalan dan mangsa yang sudah meningg4l dunia ditutup menggunakan payung.

 

Innalillahiwainailahirajiun…

Sehubungan dengan perkongsian duka Eira Syazira, rata-rata warganet berasa sebak dan turut mengucapkan salam takziah kepada keluargannya. Mereka juga mendoakan agar roh pemuda tersebut dicucuri rahmat.

 

Takziah buat keluarga mangsa

 

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

kredit ohmymedia

 

Sumber : Al Hakiem Eira




Post a Comment

0 Comments