Isteri aku ni comel. Kami xpernah bercinta. Sejak akhir akhir ni dia pelik sbb kerap suruh bawa bekal dia masak ke ofis

Hai semua. Aku Lutfi. Harini aku nak berkongsi rasa sikit sebanyak soal isteri yang sudah 8 tahun aku nikahi, Farah. Farah satu universiti dengan aku masa aku study degree dulu.

Dia amek course Culinary, aku pula Engineering. Farah ni dulu kegil4an ramai jugak la kat kampus, sebab dia comel, putih, gebu.

Kiranya aku dulu tak pernah terfikir pun nak beristerikan orang cantik macam Farah, sebab aku sejenis yang sedar diri dan tak suka berangan lebih-lebih.

Tapi itulah bila dah namanya jodoh, mak aku sendiri yang pinangkan Farah untuk aku, surprisingly Farah setuju untuk terima aku dan kami tak pernah bercintan cintun lebih-lebih pun sebelum kami nikah.

Aku keluar dating dengan Farah sebelum kahwin adalah 3 kali kot. Tu pun yang pertama kalinya ditemani mak aku dan mak dia.

Yang kali keduanya ditemani adik dan yang ketiganya aku bawa rakan aku dan Farah bawa rakan nya juga Makan pun meja asing2 masa tu. To be short, aku rs mcm tak betul2 kenal Farah sebelum kahwin

First year aku kahwin dengan Farah, kami menyewa kat sebuah rumah flat area rumah mak aku. Katanya senang nak tengok mak aku, sebab mak aku kurang sihat.

Farah resign kerja dia sebab nak jenguk-jengukkan mak aku. Aku pulak kerja kilang dengan gaji bersih lebih kurang 1.8k setiap bulan.

Masa ni tak ketara sangat sikap penjimat Farah ni. Masuk tahun ketiga kahwin, kilang yang aku kerja kena shutdown. Aku berserabut cari kerja lain, terpaksa aku jadi despatch part time, jadi runner, jadi abang lori 2 bulan.

Masa ni sikap penjimat Farah dah mula teserlah. Sekarang kerjaya aku dah agak stabil, tapi sikap berjimat cermat Farah masih melekat sampai ke harini.

Farah tak bagi langsung aku lunch kat luar. Kena makan masakkan dia je. Pergi kerja tak kira siang pagi petang malam, kena bawak bekal.

Nasib baikla semua sedap-sedap. Bila beli barang dapur, dia akan listkan kedai mana yang murah, kedai Zabedah kicap murah sekupang, kedai Ah Lai beras murah seringgit, you named it, kedai area rumah aku, semua dia dah khatam.

Kalau masuk pasaraya, tempat tujuan utama dia adalah tempat barangan RTC (Reduce To Clear). Laju sungguh dia meluncurkan trolley ke bahagian RTC.

Farah suka beli fresh milk kat bahagian RTC, nak buat mozarella cheese lagi senang jadi guna susu hampir masam katanya. Tapi tangan Farah memang menjadi.

Rumah aku kalau buat pizza, mmg cheese mozarella dibuat sendiri oleh Farah. Bab kupon, flash sale, lagi la Farah suka. Kedai eco? Tu tempat Farah beli belah.

Tu pun dia akan hadkan apa barang bolehambik dan tak boleh ambil kt situ, murah katanya senang nk buat kek dan segalanya.

Anak-anak aku ada 2 orang, Ammar dan Aina. Kembar, masing-masing dah 4 tahun. Baju anak-anak aku, semua Farah gigih selam kat bundle.

Tak pun dia beli online. Tapi ramai pulak yang puji baju anak-anak aku comel, trendy. Farah tersengih saja.
Mau taknya, baju anak-anak aku dia yang gigih menyelam kat bundle.

Rajin dan gigih dia google merata event pecah guni yang ada di sekitar penempatan aku. Agak-agak baju anak dah tak berapa nak muat, Farah terus iklankan jual preloved.

Duit tu nanti dia rotate balik dan tambah sikit2 je beli baju lain pulak.Farah seolah dah didik aku dan anak-anak, barang murah tak semestinya tak berkualiti. Aku diperkenalkan dengan jenama giant, jenama tesco, dan jenama big value.

Kata Farah, mana kita boleh jimat, kita jimat. Ubat gigi, berus gigi, semuanya jenama tesco. Tekak terasa nak makan roti? Jangan risau, Farah bakar sendiri.

Kau nak roti apa? Kata Farah beli tepung lagi banyak roti yang boleh dibuat. Lagi berbagai jenis roti boleh dapat. Same goes to kuih muih.

Baju raya kami? Ok bab baju raya Farah tk beli bundle sepenuhnya, walaupun ada juga yang dia selitkan beli pakai habuan salin salin di hari raya, tapi selalunya baju raya kami anak beranak akan dibeli sikit demi sikit.

Asal ada jualan murah, kami akan beli dulu, baju anak-anak? Farah pandai ukur size, walaupun beli awal 10 bulan, ajaibnya tiba hari raya, baju tu terletak elok kat badan anak-anak.

Aku tengok Farah suka beli barang in bulk. Katanya lebih murah. Kalau benda makan, dia frozenkan. Dengan isi rumah aku 4 orang, duit barangan dapur aku tak pernah lebih 400 sebulan.

Aku hari-hari makan ada protein, sayur, carbo. Cukup segalanya. Farah betul-betul pandai manage setiap money flow dalam rumahtangga kami.

Makanan kucing kami? Farah buat sendiri. Aku ada nampak dia masak agar-agar, lobak, bayam. Entahlah apa resepinya, tapi kucing kami gendut-gendut belaka makan makanan buatan Farah.

Rumah aku tak ada istilah buang makanan. Semua leftover, semua jadi meal balik untuk kami sekeluarga.
Tapi Farah pandai mengolah. Kalau nasi tak habis, dia akan buatkan kami cucur nasi, tak pun apam nasi, ataupun kek coklat kukus gunakan nasi lebihan tadi.

Belum lagi bila ada lauk2 leftover, semua Farah frozenkan, bila nak buat nasik goreng, Farah leburkan je balik.
Rumah aku dah ditetapkan, aircon buka pukul 11 malam sampai 7 pagi sahaja. tu pun bila hari hujan, kami tak pasang aircon.

Air con ruang tamu pula buka bila t.ari betul2 panas sahaja. Farah ni betul komited dalam misi penjimatan dia
Bil api rumah aku tak pernah cecah 100 lagi.Astro, Coway, Cuckoo, memang tak ada kat rumah aku.

Movie ke kartun anak2 semua Farah download guna wifi kedai dobi, nanti dia transfer ke dalam hard disk. Air pulak, Farah amik air bertapis Coway kat rumah mak aku.

Bila pergi bercuti, Farah akan survey habis habisan hotel mana murah, makan kat mana murah dan berpatutan, pasarmalam terdekat. Yang paling best, Farah tak pernah lupa bawak periuk nasik dia kemana aje kami bercuti.

Berjasa betul periuk tu dengan kami, segala macam mak nenek dah Farah masak guna rice cooker tu masa kami bercuti. Buat oden pun pernah makan panas2 sambil layan kesejukkan kat Cameron Highlands. Memang asyikkk.

Farah memang orangnya berjimat cermat. Tapi jimat dia bukan beerti dia kedekut. Farah selalu bagi bekal lebih untuk rakaan sekerja aku.

Dan sekarang dah ada 3 4 orang yang memang tempah Farah masakkan, kata mereka rasa segan hari-hari makan meal free.
Rakan2 anak2 aku jugak hari-hari dijamu macam-macam.

Sebut aje benda viral apa, boba milk tea, sandwich wanpaku, cheesekut leleh, aiskrim malaysia pelbagai perisa hipster, semua Farah buat sendiri. Aku dan anak-anak makan sampai jemu.

Pendek kata kami merasa, tapi semuanya dari air tangan Farah. Dan Farah juga mengajar anak-anak kami sendiri di rumah.

Sebab katanya tak apa, tahun depan 5 tahun baru hantar ke tadika, sebab yuran taska kat area rumah aku ni ya ampun mahal sungguh harganya.

Surprisingly, anak aku kedua-duanya dah pandai baca dan mengira hasil didikan ibu diorang. Aku mula-mula rasa berbeza sangat, mungkin sebab dulu mak abah aku tak ajar aku macamni, nak makan ayam goreng?

Straight mak aku sebut KFC, tapi Farah ajar anak aku makan Uncle Jack, ayam pasarmalam. KFC tu aku bawak juga anak-anak makan merasa, tapi tak lah selalu.

Beli baju bajan, dulu mak abah mesti bawak aku beli baju kat Billion, abis-abis pun jenama Cute Maree, Kiko, Binbi, kira rasa mcm orang have-have dah masa tu mak abah belikan baju cap itu. Sekarang anak aku? Farah berangkut ke bundle, pilih. Takpun Farah online, budak2 pilih.

Aku tak pernah tahu pun sisi ni semua sebelum kenal Farah. Dulu aku malu bawa bekal, ye lah, hilang macho aku. Sekarang, aku orang paling excited tunggu lunch time hari2,sebab nak tau Farah bekalkan aku apa harini.

Aku bersyukur dapat Farah sebagai bini aku. Biarlah orang panggil aku takut bini, mat skema sebab hari-hari bawa bekal, yang penting hati aku bahagia.

Semoga Allah sentiasa merahmati hidup kami sekeluarga. Dan ya, sekarang aku dan Farah dalam proses beli rumah pertama kami, itu pun setelah pelbagai perkara dikaji oleh Farah. Doakan kami ya semua.

sumber : kuasaviral




Post a Comment

0 Comments