‘Frontliners’ Diharuskan Berbuka Apabila Tak Mampu Melaksanakan Puasa Sepanjang Hari Tersebut – Menteri Agama

Menerusi sidang media mengenai Ramadan sebentar tadi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa para petugas barisan hadapan yang beragama Islam wajib berpuasa mengikut kemampuan.

“Sepanjang Ramadan, mungkin ada yang kepenatan bekerja terutama Frontliners kita kasihi, puasa tetap wajib mengikut kemampuan tapi diharuskan berbuka puasa apabila tak mampu melaksanakan puasa sepanjang hari tersebut atau dikhuatiri sekiranya diteruskan ibadah puasa akan menjejaskan fokus dan kemampuan untuk merawat pesakit, qadha lah pada hari kemudian,” katanya.

Sumber: BERNAMA TV

The post ‘Frontliners’ Diharuskan Berbuka Apabila Tak Mampu Melaksanakan Puasa Sepanjang Hari Tersebut – Menteri Agama appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments