“Frontliner” & Adik-Adik Pusat Kuarantin Bergabung Dendang ‘Doa Wira Negar’ Buat Ramai Terharu

Ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19, rakyat Malaysia diseru untuk tinggal di rumah bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Begitupun, ramai daripada kita sudah sedia maklum bahawa ada juga yang mempertauhkan nyawa meletakkan diri di barisan hadapan bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksana kerajaan dipatuhi oleh semua masyarakat.

Polis, tentera, staf kesihatan, RELA dan banyak lagi pihak setiap hari bertugas menjadi ‘frontliners’ demi memastikan tanah air tercinta segera bebas dari virus ini.

Demi menghargai tugas-tugas dan bakti semua wira-wira negara, baru-baru ini tular di facebook lagi ‘Doa Wira Negara’ dendangan frontliners dan sebahagian adik-adik yang dikuarantin di Pusat Kuarantin Kuala Lumpur yang amat menyentuh hati semua pihak.

Tonton video dibawah yang dimuat naik oleh Saudari Deafarra Farhana.

Sumber: Deafarra Farhana

The post “Frontliner” & Adik-Adik Pusat Kuarantin Bergabung Dendang ‘Doa Wira Negar’ Buat Ramai Terharu appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments