DIY Kerusi Stool Dari Sarang Telur. Cantik Pulak Tu

 

Kreatif betul idea dari Nyma Talip ni, dari sarang telur pun boleh jadi kerusi. Apa lagi boleh la cuba buat.

Waktu PKP ini kita pun memang banyak beli telur, jadi sarangnya jangan buang boleh buat kerusi tambahan untuk ruang tamu. Cara buat pun senang. Cantik pun cantik.

 Langkah 1 – Susun sarang telur bertingkat, ikat dengan kuat supaya padat

Langkah 2- alas bahagian atas dengan kepingan kotak yang dipotong ikut saiz

Langkah 3 – letak span

Langkah 4 – balut kerusi dengan kain dan jahit

Langkah 5 – jahit butang sebagai hiasan

SIAP

Selamat mencuba!

Sumber: Nyma Talip

The post DIY Kerusi Stool Dari Sarang Telur. Cantik Pulak Tu appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments