Covid-19: Rapid Test Kit Dari Korea Selatan Didapati Hanya 56% Tepat – Dr Noor Hisham

Hasil keputusan ujian rapid test kit dari China dan Korea untuk mengesan Covid-19 hanya menunjukkan ketepatan 56.6%, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hasil keputusan ujian yang diperolehi semalam tidak mencukupi kerana ia perlu berada pada kadar ketepatan sekurang-kurangnya 75% hingga 80% untuk digunakan.

”Kita juga telah melaksanakan rapid test kit antigen, iaitu dua syarikat dari negara China dan satu syarikat daripada Korea.

”Keputusan semalam yang kita laksanakan ujian tersebut, ketepatan ujian hanya 56.6%, jadi mungkin kita akan tunggu menggunakan  fluorescent readers, kalau boleh kita tingkatkan ujian sekurang-kurangnya 75% hingga 80% baru kita boleh menggunakannya,” kata Dr Noor Hisham.

Pda Sabtu, KKM dilaporkan sudah menerima kit ujian pengesanan pantas antigen dari Korea Selatan, bagi mengesahkan jangkitan Covid-19.

Menurut Dr Noor Hisham, jumlah kit ujian pengesanan pantas antigen itu akan ditambah lagi 200,000 unit, jika terbukti berkesan.

Sebelum itu, KKM juga telah menggunakan kit saringan dari China namun ketepatannya kurang memuaskan.

Sumber: Sidang Media KKM, KKM Putrajaya

The post Covid-19: Rapid Test Kit Dari Korea Selatan Didapati Hanya 56% Tepat – Dr Noor Hisham appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments