COVID-19: Indonesia Larang Rakyatnya “Mudik” Sempena Ramadan

JAKARTA, 21 April – Presiden Indonesia Joko Widodo pada Selasa mengumumkan rakyat negara itu dilarang “mudik” (pulang ke kampung halaman), menjelang Ramadan untuk mengekang penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

“Hari ini, saya mengumumkan ‘mudik’ juga akan dilarang,” kata presiden dalam mesyuarat kabinet yang diadakan menerusi persidangan video.

Widodo berkata kerajaan akan menetapkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan larangan itu.

Sebelum ini, kerajaan mengeluarkan peraturan melarang kakitangan kerajaan, tentera dan anggota polis pulang ke kampung halaman.

Menerusi video ini, jika penduduk di Indonesia melanggar peraturan, mereka akan dikenakan penjara maksimum setahun dan denda RP100 juta jika pulang ke kampung menyambut Aidilfitri.

Umum mengetahui bahawa Ramadan di Indonesia bermula Khamis dan berakhir 23 Mei.

 

Sumber: Bernama

The post COVID-19: Indonesia Larang Rakyatnya “Mudik” Sempena Ramadan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments