Cara Paling Mudah Bersihkan Belakang Kuali Hitam & Berkerak. Cuma Guna Satu Bahan Saja

 

Tempoh PKP kena sambung lagi, kaum wanita biasanya akan cari kerja untuk isi masa di rumah. Ini salah satu yang boleh kita lakukan.

Bersih belakang kuali yang hitam dan berkerak tu. Ada banyak petua yang boleh dibuat tapi yang ini paling menarik perhatian dan pernah viral juga.

Cuma guna satu bahan saja iaitu asam gelugor ataupun asam keping. Kesannya sampai belakang kuali yang hitam jadi putih flawless. Caranya boleh ikut perkongsian Hidayah Abdullah

Dari hitam jadi putih bersih

Petua sental bontot kuali kilat lip lap!

1. Rebus 8 asam keping dalam periuk yg besar (supaya senang nak rendam kuali/periuk)

2. Didihkan air asam keping sampai mendidih.

3. Masukkan kuali/periuk didalam air asam tu rendam selama 4-5 minit.

4. Angkat kuali atau periuk, sejukkan jap, lepas tu sental guna sabun dan berus dawai.

5. Waktu  sental tu, kurangkan mengunakan air.

Petua ini diambil dari Sis Kalai (Masak Apa Hari Ini-MAHN)

Sumber: Hidayah Abdullah

 

The post Cara Paling Mudah Bersihkan Belakang Kuali Hitam & Berkerak. Cuma Guna Satu Bahan Saja appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments