Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Mohon Pengeluaran RM500

 

Bagi meringankan beban rakyat yang terjejas pendapatan akibat PKP berikutan penularan wabak Civid 19 di negara ini pencarum Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dibolehkan untuk mengeluarkan RM500 dari akaun mereka setiap bulan selama 6 bulan.

Di bawah program i Lestari KWSP ini pencarum boleh mengeluarkan wang mereka bermula bulan April ini. Permohonan boleh dilakukan melalui online dan syaratnya mestilah ada i-Akaun KWSP.

Kalau tiada i-Akaun lagi kenalah mendaftar. Tak perlu tunggu kaunter KWSP buka 15 April nanti, boleh saja buat secara online.

Daftar melalui emel saja

1. Untuk daftar i-Akaun, anda boleh buat melalui emel SAJA. Mula-mula masuk laman web www.kwsp.gov.my. Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”. Automatik akan download borang akaun pendaftaran i-Akaun.

2. Lengkapkan butiran yang diperlukan dalam borang.

3. Sediakan dokumen yang perlu iaitu:

  • Borang permohonan yang lengkap.
  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
  • Gambar selfie dengan kad pengenalan.
  • Bukti pemilikan nombor telefon (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon)
  • Salinan penyata akaun bank.

4. Dah lengkap semua butiran, emel permohonan ke alamat: iakaundaftar@epf.gov.my. Pastikan anda meletakkan subjek emel: Pendaftaran i-Akaun Ahli <Nama Anda>

Kelulusan tertakluk kepada semakan KWSP dan ahli hanya dibenarkan membuat permohonan secara emel sebanyak satu kali sahaja.

Jika ditolak permohonan seterusnya kenalah buat di kaunter KWSP selepas 14 April nanti.

 

The post Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Emel Untuk Mohon Pengeluaran RM500 appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments