“Bersyukurlah Masih Boleh Call Dan Text”, Isrei Dah Tak Adad, Pesanan Lelaki Ini Buat Netizen Tersentuh

Perpisahan dengan pasangan hidup amat menyakitkan. Apatah lagi jika kita hanya akan dapat bertemu mereka di alam barzakh kelak. Tiada lagi hari ceria bersama insan tersayang di dunia ini, yang tinggal hanyalah kenangan bersama mereka.

Baru-baru ini, pengacara terkenal, Fedtri Yahya berkongsi kisah seorang suami yang kehilangan isterinya akibat kanser payudara. Perkongsian beliau di Instagram telah mendapat lebih 80,000 tontonan dan lebih 10,000 tanda suka setakat ini. Video ringkas itu telah meninggalkan kesan pada netizen yang turut berduka dan tersentuh dengan mesej disampaikannya.

“Bersyukurlah masih boleh vc dan teks, saya terpisah dengan isteri dah enam bulan, saya dan anak-anak di dunia, isteri di barzakh, rindu tak terungkap..” tulis Nizam Jerlun membalas kicauan Fedtri.

Fedtri turut memaparkan perbualan mesej antara mereka di Twitter. Menurut Nizam, isterinya telah meninggal dunia akibat kanser payudara tahap empat. Allahyarham sempat meninggalkan lima orang cahaya mata yang kini dijaga Nizam seorang diri.

“Mesej paling menyentap hari ini.. Semoga bidadarimu berlari bahagia di taman syurga. Dengan redhamu, dia tenang dalam dakapan kasih yang tiada akhirnya,” tulis Fedtri.

Sementara itu, netizen menzahirkan kesedihan membayangkan peritnya kehilangan insan tersayang.

Pernah kehilangan suami, faham betapa perit rasanya

Moga Allah kurniakan ketabahan buat suami dan anak-anak

Semoga urusannya dipermudahkan

Moga bidadari disayangi ditempatkan bersama orang beriman

Pentingnya sentiasa bersyukur

Sumber: Fedtri Yahya

The post “Bersyukurlah Masih Boleh Call Dan Text”, Isrei Dah Tak Adad, Pesanan Lelaki Ini Buat Netizen Tersentuh appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments