Alhamdulillah Ada Yang Sembuh,108 Discaj Hari Ini,142 P0sitif Cov 19

DUA kem4tian berkaitan jangk1tan k0ronav1rus baharu (Cov-19) dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), setakat 5 petang, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 45 kes.

Mengenai bilangan kes baharu positif Cov-19, beliau berkata, sebanyak 142 dilaporkan hari ini, mencatatkan 2,908 kes keseluruhan dalam negara.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 102 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 66 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini, bilangan pesakit yang discaj tertinggi iaitu 108 orang.

“Ini menjadikan 645 pesakit atau 22.2 peratus telah sembuh dan discaj hospital setakat jam 12 tengah hari, hari ini,” katanya.

Berikut laporan terperinci kem4tian akibat Cov-19 dalam negara hari ini;

1) Kes kem4tian ke-44 (kes ke-193)

• Wanita warga Malaysia berusia 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, drah tinggi dan penyakit jantung.

2) Kes kem4tian ke-45 (kes ke-1053)

• Lelaki warga Malaysia berusia 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan drah tinggi.
• Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (kes ke-486).

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro




Post a Comment

0 Comments