5 Petua Halau Anai Anai Untuk Selamatkan Rumah

Kehadiran anai-anai di rumah memang perkara yang merisaukan pemilik kediaman. Almari, lantai, perabot atau kabinet akan rosak gara-gara binatang kecil ini.

Lebih menakutkan lagi kerana kos untuk menghapuskan anai-anai secara profesional mencecah ribuan ringgit.

Bagi yang baru sedar akan kehadiran anai-anai ini di rumah, sementara kumpul duit untuk panggil Pest Control mungkin boleh usaha petua ini dulu untuk menyelamatkan kediaman.

Boleh cuba mana-mana cara berikut :

1. Garam Dapur

Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di tempat-tempat yang berpotensi ada anai-anai.

2. Air Kapur sirih

Sifat panas dari kapur akan sangat tidak disukai anai-anai kerana ianya memiliki kulit tipis dan lembut. Oleh itu, air kapur sirih ini sangat-sangat efektif untuk membasmi rayap. Caranya sangat mudah, siramkan air kapur sirih pada kayu yang diserang atau juga terus ke sarangnya.

3. Air Cucian Beras

Memanfaatkan air pertama dari basuhan beras untuk mengusir anai-anai. Siramkan saja ke sekeliling sarang rayap.

4. Minyak Tanah

Memandangkan kita dah jarang menggunakan minyak tanah, ia mungkin sukar sedikit untuk dicari. Boleh cuba cari di kedai-kedai runcit kampung. Caranya cukup mudah, semburkan minyak tanah di kayu yang telah di serang anai-anai atau juga semburkan di sarang-sarang anai-anai ini. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.

5. Tembakau

Tembakau bermanfaat untuk membunuh tungau yang biasanya menyerang anak kecil jika bermain di rumput. Tembakau inilah juga berkesan terhadap anai-anai.

Untuk lebih efektif, anda boleh mencampur tembakau dan air lalu di biarkan satu malam (semalaman) agar memperoleh larutan tembakau. Semburkan air campuran itu pada kayu yang diserang atau juga ke sarang anai-anai.

Selamat mencuba

Sumber: Sinar Harian

The post 5 Petua Halau Anai Anai Untuk Selamatkan Rumah appeared first on Vanilla Kismis.




Post a Comment

0 Comments