(Video)‘Berkurung’ Dalam Rumah Tanpa Hiburan, Polis Sepanyol Buat Rondaan Sambil Nyanyi

Seluruh dunia pada ketika ini sedang ‘melawan’ penularan Covid-19 yang setakat ini telah meragut 15, 409 nyawa dan angka ini dijangka akan terus meningkat.

Isu global ini juga menyaksikan kebanyakan negara di seluruh dunia dikenakan perintah berkurung agar dapat memutuskan rantaian virus tersebut.

Disebabkan itu juga, pengguna media sosial di seluruh dunia lebih ‘bergiat aktif’ dalam platform tersebut. Setiap hari, pelbagai kiriman yang terkadang mencuit hati dan mengharukan dimuatnaik oleh mereka.

Terbaru, seorang pengguna Twitter memuatnaik satu video yang memaparkan anggota polis di Sepanyol membuat rondaan di sekitar kawasan Mallorca dan mereka dilihat mempunyai cara yang tersendiri bagi menghiburkan penduduk yang sedang menjalani perintah berkurung.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat dua kereta peronda polis memasuki kawasan perumahan  dan berhenti di tengah jalan. Mereka keluar dari kereta dan menyanyikan lagu bersama-sama dengan penduduk yang berada di perumahan tersebut.

Tindakan semua anggota polis itu mendapat pujian dan dikagumi oleh warganet.

Sumber: Stance Grounded

The post (Video)‘Berkurung’ Dalam Rumah Tanpa Hiburan, Polis Sepanyol Buat Rondaan Sambil Nyanyi appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments