(Video) Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota PH – Anwar Ibrahim

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bukan lagi anggota Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, pihaknya (PH) masih terbuka sekiranya ada perbincangan dan kerjasama bersama Mahathir yang juga pernah menjadi pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

“Sekarang ini dan setakat hari ini, beliau (Mahathir) bukan anggota PH. Namun, kita terbuka untuk berbincang,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan bahawa perkara paling penting yang perlu difokuskan buat masa ini adalah kebajikan rakyat.

Sumber: Facebook

The post (Video) Tun Mahathir Bukan Lagi Anggota PH – Anwar Ibrahim appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments