(Video) PKP: Masih Ada Warga Asing Masuk Negara Lalu Jalan Tikus- Ment. Pertahanan

MENTERI Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat warga asing masih memasuki negara ini meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dikuatkuasakan.

“Walaupun sempadan telah ditutup, tetapi masih terdapat kemasukan warga asing yang melalui jalan-jalan tikus.

“Pihak polis telah mengenal pasti jalan-jalan tikus tersebut dan tindakan lebih tegas akan diambil bagi memastikan tidak ada lagi kemasukan mereka melalui jalan-jalan tikus ke negara kita,” katanya dalam satu sidang media, di sini hari ini.

Sumber: BERNAMA

The post (Video) PKP: Masih Ada Warga Asing Masuk Negara Lalu Jalan Tikus- Ment. Pertahanan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments