(Video) Pelik Tapi Cantik, Salji Turun Di Jepun Walau Bukan Musim Sejuk

Biarpun bukan musim sejuk, salji dilaporkan turun di Tokyo dan kawasan sekitar hari ini.

Menurut laman Japan Today, Jabatan Meteorologi Jepun melaporkan suhu di kawasan Kanto-Koshin serta wilayah Yamanashi dan Nagano turun sehingga kurang 1°C pada pagi tadi.

Agensi tersebut menjangkakan salji setebal 20 cm bakal turun di kawasan bergunung dalam tempoh 24 jam hingga 6 pagi esok.

Sementara itu, kawasan rendah serta kebanyakan tempat di Tokyo pula dijangka mendapat liputan salji sehingga 5 cm hingga esok.

Lantaran itu, Jabatan Meteorologi mengingatkan warga tempatan agar berhati-hati berikutan keadaan jalan yang berais.

Jepun merupakan negara empat musim dengan waktu musim sejuk sering berlaku sekitar Disember hingga Februari.

Sumber: Japan Today, NHK, Lukemorse1

The post (Video) Pelik Tapi Cantik, Salji Turun Di Jepun Walau Bukan Musim Sejuk appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments