(Video) Menyentuh Hati, Ini Cara Warga Dunia Hargai Pengorbanan ‘Frontliner’ Perangi COVID-19

Kemanusiaan masih subur dalam jiwa kebanyakan ahli masyarakat. Dalam kekacauan menghadapi penularan COVID-19 yang semakin serius, ramai orang dari seluruh dunia menzahirkan penghargaan kepada ‘frontliner’ atau petugas barisan hadapan yang setia berkhidmat membendung wabak ini.

Jom kita saksikan bagaimana warga dunia berterima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah banyak berkorban demi kesihatan orang lain.

Di Singapura, orang ramai menulis ‘surat cinta’ kepada petugas kesihatan pada 14 Februari..

“Saya tak dapat bayangkan risiko dan cabaran kalian perlu hadapi setiap hari, tapi saya hanya boleh katakan terima kasih, terima kasih, terima kasih.”

View this post on Instagram

Dear healthcare hero, I hope you know that your efforts and care are being witnessed by many folks who truly appreciate the work that you do every day. I cannot imagine the risks and challenges you have to handle, and how resilient you must be, to rise to the occasion daily. I can only say, thank you, thank you, thank you. May these warm wishes encourage you, and may you stay stay and healthy. ❤️a fellow citizen. . . Swipe to see how you can also take part in showing your appreciation to our healthcare heros! All instructions on images 3 and 4. 🌻 . . P.s. no fresh paper was harmed in the process, notes were written on recycled envelopes! . . #braveheartSG #careforcreation #everyactioncounts #tabaotales

A post shared by Shihui (@tabaogirl) on

“Terima kasih kerana berani walau kalian ada keluarga sendiri.”

United Kingdom (UK)

Kreatif, penduduk tempatan memancarkan ucapan terima kasih pada dinding hospital menggunakan projector.

“Thank you, NHS Our heroes”

Wuhan, China

Penduduk di China berkumpul di tepi jalan melambai kepada kenderaan para petugas kesihatan yang pulang ke daerah masing-masing setelah penularan di Hubei berjaya dikawal.

Vancouver, Kanada

Warga Kanada memberi tepukan buat petugas kesihatan pada 7 petang setiap hari..

Malaysia

Seperti mereka, anda juga boleh lakukan perkara yang sama. Tak perlukan modal yang besar, anda boleh zahirkan penghargaan melalui Cofeo To Go kepada hero-hero kita.

Dengan Cofeo To Go, anda boleh hantar makanan dan minuman khas buat anggota keselamatan yang menahan terik panas berkawal di jalanan atau petugas kesihatan yang berkhidmat di hospital serta klinik kesihatan.

Mudah sahaja caranya, anda hanya perlu pergi ke laman web rasmi Cofeology dan pilih pelbagai menu menarik. Ada nasi lemak ayam berempah, ayam buttermilk, nasi goreng, spageti bolognese, karbonara dan pelbagai lagi hidangan yang tak tersenarai di sini.

Anda juga boleh belikan burger dan sandwich, salad, serta pelbagai hidangan pencuci mulut seperti kek tiramisu dan oreo cheesecake.

Tercekik pula nanti kalau makan tanpa minuman, kan? Di Cofeology, anda boleh belanja petugas barisan hadapan pelbagai minuman yang pastinya menyegarkan mereka.

Nak memberi, mestilah beri yang terbaik, bukan?

Selain minuman jus buah-buahan seperti lemonade dan teh pic, anda juga boleh tempah kopi premium untuk mereka.

Cakna dengan kebersihan dan keselamatan petugas hadapan, Cofeology memastikan bungkusan makanan disanitize dengan kerap dan pengenalan triple hygiene inspection bersama doktor-doktor kesihatan dari Hidayah Medic Sdn Bhd.

Dalam pemeriksaan tiga peringkat itu, runner Cofeology akan disaring, disembur pembasmi kuman dan diperiksa suhu badan terlebih dahulu. Cofeology merupakan restoran pertama di Malaysia yang memperkenalkan Contactless Delivery System tau. Nak tahu macam mana? Jom tonton video di bawah;

Jadi anda tak perlu risau, dengan Cofeo To Go ni, kebajikan hero-hero kita akan lebih terjaga dan moga mereka dapat rasai penghargaan diberi.

Caj penghantaran juga berpatutan iaitu bermula dari RM3, RM5 dan RM10 bagi tiga kategori lokasi di Melaka. Jangan risau, walaupun anda bukan warga Melaka, anda juga boleh buat pesanan dan beri penghargaan buat petugas di sana.

Bagi meringankan beban masyarakat terutamanya yang terkesan dengan COVID-19, Cofeology juga memberikan insentif bagi setiap pembelian agar dapat memberikan peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan sampingan dengan mendaftarkan diri sebagai Cofeo Clout Members.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh lawati Facebook, Instagram atau hubungi Whatsapp Cofeology untuk pesanan.

The post (Video) Menyentuh Hati, Ini Cara Warga Dunia Hargai Pengorbanan ‘Frontliner’ Perangi COVID-19 appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments