(Video) Kerajaan Tanggung Kos Ujian Pengesanan COVID-19 RM 700 Seorang

Kerajaan Malaysia menanggung kos sekitar RM700 bagi setiap rakyat Malaysia yang menjalani ujian COVID-19, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menjawab soalan wartawan mengenai harga dikenakan fasiliti kesihatan swasta, beliau berkata buat masa ini kerajaan tidak mengawal harga dikenakan mereka yang diletakkan mengikut harga pasaran.

“Sekarang ni kita tak kawal kerana memang pun kalau dibuat saringan di pihak kerajaan, kita menanggung kos.

“Saya dimaklumkan kos RM700 satu kepala, bukan percuma, pesakit tak bayar, tapi kerajaan tanggung.

“Jadi swasta terpaksalah menentukan satu kadar yang berpatutan. Saya kira RM500, RM600 kalau ikut keadaan pasaran adalah berpatutan. Jangan sampai RM1000 atau lebih daripada itu, itu membebankan.

”Saya yakin pihak hospital turut mempunyai tanggungjawab sosial mereka untuk membantu menghadapi situasi ini. Mereka tidaklah menambah beban dengan kos terlalu tinggi,” ujarnya.

Ucapan bermula pada minit 37:15.

Sumber: RTM

The post (Video) Kerajaan Tanggung Kos Ujian Pengesanan COVID-19 RM 700 Seorang appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments