(Video) Kadar Kematian COVID-19 Semakin Meningkat Kerana 3 Sebab -KP Kesihatan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan terdapat 3 sebab kematian akibat COVID-19 meningkat di Malaysia.

“Kadar kematian semakin meningkat adalah kerana satu, pesakit-pesakit kita berusia.

“Kedua kerana ada penyakit komorbid contohnya kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sebagainya.

“Ketiga, mereka datang pada peringkat agak lewat iaitu melibatkan pernafasan dan juga jangkitan kuman,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan 34 kematian direkodkan setakat ini, 55.6 peratus pesakit yang meninggal dunia berumur 60 tahun ke atas manakala 67.6 pesakit menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan sakit jantung.

Ujarnya, pesakit yang mempunyai penyakit kronik mengalami gejala dan komplikasi lebih teruk.

Justeru, beliau berpesan agar individu berisiko dan keluarga lebih berjaga-jaga dan memastikan ubat tidak terputus.

Perkhidmatan kesihatan masih diteruskan di semua fasiliti kesihatan Malaysia untuk temujanji rawatan susulan dan mendapatkan ubat-ubatan, tambahnya.

Sumber: KKM

The post (Video) Kadar Kematian COVID-19 Semakin Meningkat Kerana 3 Sebab -KP Kesihatan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments