(Video) Jordan Agih Roti Guna Bas Kepada 10 Juta Rakyatnya Yang Diarah Berkurung

Sejak perintah berkurung bermula 21 Mac lalu di seluruh negara, kerajaan Jordan mula mengedarkan barangan keperluan termasuk roti kepada kira-kira 10 juta rakyatnya bermula semalam.

Kerajaan telah bekerjasama dengan majlis-majlis perbandaran untuk memastikan barang keperluan seperti air, tong gas, roti dan ubatan asas mencukupi untuk dihantar ke seluruh negara sepanjang minggu, lapor Al-Arabiya.

Tindakan tersebut dikatakan bertujuan untuk mengelakkan pembelian panik dalam kalangan rakyat jika kerajaan mengangkat semula perintah berkurung buat beberapa jam.

Dalam gambar dikongsikan Safi Michael, kerajaan Jordan menghantar roti-roti tersebut menggunakan bas.

Walaubagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila orang ramai menyerbu bas tersebut.

Seorang penganalisa konflik Middle East Institute, Nadwa Dawsari berkata tindakan tersebut menyebabkan orang ramai yang tidak sabar berpusu-pusu menyerbu bantuan tersebut.

“Kerajaan menutup kedai runcit dan bakeri. Hari ini, mereka menghantar trak roti. Ia sepatutnya menjadi jualan roti dari rumah ke rumah tetapi orang tidak sabar dan ini hasilnya!”

Setakat ini, Jordan merekodkan 154 kes dalam tempoh seminggu.

Sumber: Al-Arabiya

The post (Video) Jordan Agih Roti Guna Bas Kepada 10 Juta Rakyatnya Yang Diarah Berkurung appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments