(Video) Jiran Terkandas Di Singapura, Lelaki Ini Bantu Beri Makan Anjingnya Yang Kelaparan

TERSENTUH HATI. Itu frasa pertama yang terungkap sebaik melihat video yang tular ini.

Video ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang sudi memberi makan kepada anjing jirannya yang kelaparan.

Kejadian itu dipercayai disebabkan jirannya kini sedang terkandas di Singapura, mungkin kerana sekatan perjalanan antarabangsa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Rakaman video berdurasi 40 saat itu dirakam sendiri oleh saudara Muhammad Faiz dan dimuat naik ke Facebooknya baru-baru ini.

Jiran depan rumah aku rasa terkandas dekat SG (Singapura) tak dapat balik..

Sehari 2 kali aku bagi makan anjing peliharaan dia ini..

Dulu tengok aku pun tak boleh..

Sekarang manja yang amat..

Update: Air jangan risau, kawan dah sediakan.. cuma tiada dalam video!

Sikap prihatinnya itu mengundang rasa terharu dalam kalangan warganet sejurus rakaman videonya itu tersebar luas hingga mencapai 6,000 perkongsian.

Semoga saudara ini dimurahkan rezeki olehNya atas jasa baik memberi makan kepada anjing itu.

Tentu jirannya amat berbangga dan berterima kasih, bukan?

Dan sudah tentu, anjing ini akan ingat detik ini sampai bila-bila dan ‘mendoakan’ saudara ini.

Terima kasih saudara!

Sumber: Facebook

The post (Video) Jiran Terkandas Di Singapura, Lelaki Ini Bantu Beri Makan Anjingnya Yang Kelaparan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments