(Video) Individu Yang Perlu Merentas Negeri Untuk Bekerja Perlu Ada Surat Kebenaran Perjalanan Dari Majikan

Putrajaya, 23 Mac – Menteri Pertahanan mengumumkan orang ramai yang perlu bergerak merentasi negeri perlu mengemukakan surat kebenaran perjalanan dari pihak polis.

Menurutnya, perintah dikenakan dalam Perintah Kawalan Pergerakan masih diteruskan termasuk perjalanan merentasi negeri, namun ada kelonggaran tertentu.

“Walaubagaimanapun, pihak polis memaklumkan kebenaran boleh diberi apabila dipohon jika pergerakan itu terpaksa dilakukan.

“Apabila ada kematian di kalangan keluarga sebagai contohnya, kemalangan di kalangan keluarga atau sesiapa yang terpaksa mendapatkan rawatan di luar negeri atau daerah masing-masing, perkara ini dibenarkan tapi mesti dilaporkan kepada pihak polis,” kata beliau.

Apabila ada sekatan polis, individu berkenaan perlu bawa surat kebenaran ketika melalui sekatan pihak polis, katanya.

“Bagi kakitangan kerajaan, pihak KSU kementerian masing-masing akan keluarkan surat kebenaran perjalanan bagi

“Di pihak swasta, mereka perlu dapatkan surat kebenaran perjalanan melalui majikan-majikan mereka.

“Majikan-majikan sila serahkan senarai pekerja-pekerja mereka kepada balai polis berdekatan supaya mereka mendapat pelepasan sewaktu diperiksa polis di sekatan jalan raya,” tambahnya.

Sumber: Harian Metro/RTM

The post (Video) Individu Yang Perlu Merentas Negeri Untuk Bekerja Perlu Ada Surat Kebenaran Perjalanan Dari Majikan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments