(Video) Dipercayai Ingkar PKP, Lelaki Ditempik Tentera Macam Ketua Platun

Sejak Ahad lalu, Kementerian Pertahanan telah mengerah tentera bagi membantu tugas polis untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini berikutan masih ada golongan yang ingkar terhadap perintah tersebut lantas menyebabkan matlamat memutuskan rantaian penularan COVID-19 menjadi sukar. Bahkan, ada individu yang tidak memberi kerjasama dan memprovokasi pihak polis yang menjalankan tugas.

Susulan itu, orang ramai mula menjangkakan tindakan yang lebih tegas berbanding sebelum ini. Terbaru, tular video seorang lelaki ditempik tentera dikongsikan pengguna Twitter, MOFASAD.

“Ingat kami pun nak duduk sini ke?” Baik duduk rumah tengok anak bini lah!”

Video tersebut mendapat respon lebih 24.4 ribu netizen yang meninggalkan komen masing-masing.

Rakyat nak uji kesabaran staf kerajaan yang cuti dibekukan, jangan sampai tangan ke muka

Dengar ayat terakhir dia

“Ingat kami pun nak duduk sini ke?” Baik duduk rumah tengok anak bini lah!

Bayangkan, ‘frontliner’ bertungkus lumus kerja putuskan rangkaian wabak, tetiba muncul manusia keluar ikut suka sambung rangkaian balik

Tolong hantar ke Mont Kiara

Ada juga sebahagian netizen yang menyarankan tentera itu dihantar ke Mont Kiara. Hal ini berikutan tular gambar beberapa individu yang masih berjoging didakwa di Mont Kiara. Malah, ada yang membawa anak kecil.

Biarpun tidak mengetahui situasi sebenar, terutamanya dari sisi lelaki berkenaan, video ini menunjukkan betapa pentingnya kita berdisiplin sewaktu PKP.

Tak perlu tunggu ditempik untuk taat perintah. Bantu frontliner untuk bantu kita.

Sumber: MOFASAD

The post (Video) Dipercayai Ingkar PKP, Lelaki Ditempik Tentera Macam Ketua Platun appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments