(Video) “Bukan Untuk Orang Ramai Balik Kampung, Pergi Kenduri”- PM Ingatkan Tujuan Sebenar Perintah Kawalan Pergerakan

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusannya malam ini berkata, tujuan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bukan ‘peluang’ untuk rakyat pulang ke kampung.

“Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, memenuhi jemputan kenduri, membeli-belah di pasar raya, bersiar-siar di taman atau bercuti di tempat peranginan. Bukan.

“Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah.

Stay at home and protect yourself and your family,” katanya lagi.

Beliau turut berkata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mengambil masa selama dua minggu disebabkan itu adalah tempoh simptom COVID-19 wujud.

Kerajaan berharap, selepas tempoh dua minggu, mana-mana individu yang mempunyai simptom jangkitan berjaya diasingkand dan diberi rawatan supaya Malaysia bebas daripada COVID-19.

Katanya lagi, sekiranya Perintah Kawalan Pegerakan selama dua minggu ini gagal memutuskan rantaian jangkitan, kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh kawalan.

Sumber: BERNAMA

The post (Video) “Bukan Untuk Orang Ramai Balik Kampung, Pergi Kenduri”- PM Ingatkan Tujuan Sebenar Perintah Kawalan Pergerakan appeared first on Siakap Keli.




Post a Comment

0 Comments